Punca Buku Ultraman The Ultra Power Diharamkan Malaysia

ultramanPunca buku Ultraman The Ultra Power diharamkan Malaysia. Kementerian Dalam Negeri mewartakan Perintah Larangan Penerbitan terhadap buku ‘Ultraman The Ultra Power’ kerana ianya mengandungi unsur-unsur yang boleh memudaratkan ketenteraman awam.

Baca : KDN larang buku ‘Ultraman the Ultra Power’

Buku terbitan bahasa Melayu itu adalah terbitan Resign Publications, manakala pencetaknya Network Printers. Mengikut kenyataan Kementerian Dalam Negeri pada 6 Mac 2014, warta larangan itu berkuat kuasa mulai 18 Februari 2014 mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Mereka yang disabitkan melakukan kesalahan termasuk memiliki dan mengedar buku berkenaan boleh dikenakan penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.

Fakta Buku Ultraman The Ultra Power Diharamkan Malaysia

  • Mengandungi unsur-unsur yang boleh memudaratkan ketenteraman awam.
  • Menjejaskan keselamatan
  • Menggunakan ayat atau perkataan yang mengelirukan
  • Menggunakan perkataan “Allah” dalam Buku Ultraman Edisi Bahasa Melayu
  • Merosakkan akidah anak-anak umat Islam dengan menyamakan Allah dengan Ultraman.
  • Buku diharamkan berkuat-kuasa mulai 18 Februari 2014

Punca Buku Ultraman The Ultra Power Diharamkan

punca

Contoh Naskah Buku Ultraman The Ultra Power

contoh-buku

Video KDN: Buku Ultraman ancam ketenteraman awam

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.