Puluhan Orang Awam Maut Ditikam Di Stesen Keretapi

3168-300x201Sekurang-kurangnya 33 orang maut dan 130 cedera apabila sekumpulan penyerang bersenjatakan pisau panjang menikam orang awam di salah sebuah stesen keretapi paling sibuk di China.

images37Daripada gambar yang tersebar, dapat dilihat mayat manusia bergelimpangan, darah bersimbah di merata tempat dan beg-beg terkapar ditinggalkan orang ramai yang melarikan diri.

1300-300x213Menurut saksi kejadian yang berlaku di Stesen Keretapi Kunming di daerah Yunnan jam 9.20 malam kelmarin, para penyerang menikam orang awam yang melintasi mereka di luar terminal stesen sebelum bergerak masuk ke dalam komuter.

2209-200x300

kunming_3-244x300Pihak polis berjaya menembak mati empat suspek, menangkap seorang daripada mereka dan masih memburu yang lain.

496-300x197

180373d28c10147c5bac5e-300x225Terdapat khabar menyatakan, dua daripada penyerang yang masih belum dapat dipastikan motif sebenar mereka itu merupakan wanita.

Kerajaan China dipercayai menyalahkan ekstremis agama dari barat wilayah Xinjiang yang mempunyai isu dengan pihak kerajaan.

Bagaimanapun, kejadian amuk di tempat awam menggunakan pisau bukan perkara baru di China.

Pada Jun tahun lepas, 24 orang terbunuh manakala 23 lagi cedera selepas sekumpulan lelaki menyerang balai polis dan bangunan kerajaan sekitar jam 6 pagi di sebuah daerah terpencil di barat China.

Pengganas berkenaan dikatakan datang dari Xinjiang, daerah yang diduduki paling ramai etnik minoriti Islam Uighur.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.