Proton masih relevan sebagai teksi

image (16)
KUALA LUMPUR – Kereta kebangsaan Proton masih relevan digunakan sebagai teksi di negara ini sejak memulakan perkhidmatan itu pada 1989.
Wakil penjualan teksi Proton sejak 15 tahun lalu, Ismail Haron berkata, kereta tersebut mempunyai banyak kelebihan jika dibandingkan dengan kereta import seperti harga berpatutan, kos penyelenggaraan rendah dan penggunaan gas asli untuk kenderaan (NGV) yang menjimatkan.

“Proton ikut piawaian untuk jadi teksi yang diluluskan kerajaan, bermakna ini model teksi yang sebenarnya. Kalau nak dibandingkan dengan kereta Jepun, tidak sesuai untuk kita di Malaysia kerana kosnya tinggi.

“Harga Proton berpatutan selain mudah untuk dapat pinjaman dari bank tempatan. Kalau guna kereta luar mungkin kos akan bertambah sehingga 30-40 peratus,” katanya dalam sidang media, di sini, semalam.
Ketika ditanya mengenai dakwaan sesetengah pemandu teksi bahawa kereta Proton sering mengalami kerosakan, beliau menjelaskan, kebanyakan masalah itu berpunca daripada penyelenggaraan yang tidak berkala.
“Isu ini dibangkitkan kerana teksi Proton ada pengubahsuai NGV. Tetapi tidak semua pemandu teksi melakukan penyelenggaraan mengikut jadual dan peraturan ditetapkan.
“Sebagai pengedar, kita telah memastikan setiap syarikat dan individu yang mengambil teksi mendapat penerangan mengenainya. Jika pemandu dapat mengikut sistem penyelenggaraan ini, kita yakin masalah tersebut dapat dikurangkan,” katanya.

Malah, katanya, sebarang masalah ditimbulkan pemandu teksi akan dibawa kepada Proton.

“Setakat ini, Proton mengambil langkah positif atas semua perbincangan dan aduan,” katanya.
Sementara itu, pengusaha syarikat teksi, Abd Razak Abd Aziz berkata, beliau tidak menerima rungutan daripada pemandu sejak mengusahakan perniagaan itu pada 1992.
“Kalau kita tengok kereta Proton sudah lama orang pakai. Saya sudah guna semua kereta Proton dari Saga, Iswara, Wira, Saga BLM, Waja, Persona dan kini Exora.
“Ada yang kata, kereta Proton tak tahan lasak dan bermasalah. Tetapi hingga kini kita boleh Iswara dan Wira masih digunakan di jalan raya ,” katanya.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.