PRK Dun Sungai Limau ditentu Khamis ini

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada Khamis depan (3 Oktober) di ibu pejabatnya di sini untuk menetapkan tarikh pilihan raya kecil Dun Sungai Limau, Kedah.
image[1]
Pegawai Perhubungan Awam SPR, Sabri Said berkata, SPR menerima pemakluman rasmi berhubung kekosongan kerusi Dun N20 Sungai Limau daripada Dun Kedah, semalam.

“Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof akan mempengerusikan mesyuarat khas  yang membincangkan tarikh seperti hari penamaan calon, hari pengundian awal, hari pengundian biasa dan daftar pemilih yang akan digunakan.

“Selepas itu diikuti dengan satu sidang media oleh Pengerusi SPR,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Kerusi Dun itu kosong berikutan kematian penyandangnya, Tan Sri Azizan Abdul Razak, Khamis lalu.

Azizan, yang juga bekas Menteri Besar Kedah meninggal dunia akibat jangkitan kuman dan kegagalan organ dalaman yang pelbagai.

Sebelum itu beliau menjalani rawatan lebih empat bulan berikutan masalah kesihatan yang serius.  – Bernama

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.