PRK Balingian: PKR Akan Lancar Manifesto Khas

PKR2MUKAH – Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan melancarkan manifestonya sendiri untuk pilihan raya kecil Balingian dengan menonjolkan isu-isu tertentu yang dihadapi penduduk-penduduk Balingian sejak bertahun-tahun.

Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian berkata di antara kandungan manifesto itu ialah prasarana pendidikan, sosial dan alam sekitar termasuk isu-isu nasional seperti kos sara hidup yang tinggi, rasuah dan ketelusan.

“Sebagai contoh kawasan ini (Balingian)  perlukan sebuah sekolah rendah dan sekolah menengah, kebimbangan mengenai kualiti alam sekitar disebabkan kilang peleburan di sini, dan kekurangan pembangunan,” katanya di sidang media harian parti itu di sini hari ini.

Baru berkata manifesto itu akan membantu para  pengundi di Balingian untuk membuat keputusan yang bijak sebelum membuang undi 29 Mac ini.

Terdahulu, calon PKR Abdul Jalil Bujang memulakan kempennya dengan program walkabout di pasar basah Mukah bersama Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan penyokong-penyokong parti.

Abdul Jalil akan berhadapan bekas Pegawai Daerah Dalat, Yussibnosh Balo daripada Barisan Nasional dalam pertandingan satu lawan satu pada pilihan raya kecil ini. – BERNAMA

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.