Polis tubuh pasukan khas siasat kes TKP Kastam ditembak mati

IPOH – Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, pihaknya akan menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menyiasat kes Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri), Datuk Shaharuddin Ibrahim di tembak mati di Putrajaya pagi tadi.

Tan Sri Ismail Omar.

Tan Sri Ismail Omar.

Beliau turut mengarahkan Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah menyiasat segera dalang di sebalik kejadian tersebut.

“Kita akan menjalankan siasatan terperinci dan mencari mereka yang bertanggungjawab dalam kes pembunuhan itu,” katanya.

Ismail ditemui pada Majlis Penyampaian Pingat Kedaulatan Negara, Penyerahan Sumbangan Op Daulat dan Pelancaran Unit Rondaan Bermotosikal (URB) di Batalion 1, Pasukan Gerakan Am (PGA), Ulu Kinta, hari ini.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.