Polis terima 130 aduan menjelang PRU13

SEREMBAN – Pihak polis menerima 130 aduan melibatkan salah laku sebelum dan semasa tempoh berkempen menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Hamdan

Hamdan

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Hamdan Majid berkata, kesemua aduan diterima berhubung kait dengan perbalahan penyokong membabitkan isu pemasangan bendera parti.

“Daripada 130 aduan tersebut, 68 daripadanya didapati berlaku pada fasa satu iaitu sebelum pembubaran Parlimen dan sesi penamaan calon.

“Bagi fasa kedua, sebanyak 62 laporan polis dibuat membabitkan kesalahan semasa tempoh berkempen,” katanya pada satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, di sini, semalam.

Hamdan berkata, daripada kesemua aduan terbabit, sebanyak 30 kertas siasatan dibuka bagi fasa satu, manakala 16 pula pada fasa kedua.

“Melalui siasatan dibuat, menyaksikan dua pendakwaan dilakukan pada 12 April lalu membabitkan insiden berkaitan, di mana salah satunya berlaku di Pajam, Mantin,” katanya.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.