Polis Tahan Lelaki Beli Motosikal Johan Yang Dicuri

z

KUALA LUMPUR – Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam menahan seorang lelaki dipercayai membeli motosikal milik pelakon dan pelawak, Mohamad Yazid Lim Mohamad Aziz, atau lebih dikenali Johan Raja Lawak yang dilaporkan hilang dicuri Selasa lalu, lapor Sinar Harian.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, suspek yang berusia 30 tahun telah ditahan di hadapan sebuah restoran di Desa Melawati, Wangsa Maju kira-kira jam 3.15 pagi.

Hasil semakan, pihak polis menadapati motosikal jenis Yamaha 125Z berwarna hitam bersama suspek mempunyai rekod hilang di daerah Wangsa Maju.

“Kita telah buat semakan dan dapati lelaki tersebut tidak mempunyai rekod lampau selain negatif dadah.

“Lelaki ini direman selama tiga sehingga esok (hari ini) bagi membantu siasatan,” katanya.

Pada Selasa lalu, Johan dilaporkan telah meletak motosikal berkunci berhampiran Padang Bola Sepak Akademi Kuala Lumpur

Apabila hendak pulang kira-kira jam 11 malam, Johan mendapati motosikalnya itu tiada dan telah berusaha mencari di kawasan sekitar namun gagal.

Johan membuat laporan di Balai Polis Hulu Kelang keesokan harinya dan kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.