Polis Siasat Kehilangan Beg Wartawan

suspek2-565x403

PUTRAJAYA – Polis mengerakkan sepasukan enam anggota termasuk tiga anggota forensik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya bagi menyiasat kes kehilangan beg seorang wartawan dari Hong Kong semalam.

Pasukan itu yang tiba kira-kira 8.30 malam, melakukan pemeriksaan kira-kira 30 minit di lobi sebuah hotel di sini, iaitu tempat terakhir mangsa meletakkan begnya ketika membuat liputan berkaitan kehilangan pesawat MH370 milik Malaysia Airlines (MAS) sejak 8 Mac lepas.

Dalam kejadian kecurian kira-kira 4.30 petang semalam, Penolong Pengarang Berita Now TV, Hong Kong, Chan Wai Lai, 36, mendakwa kehilangan kira-kira RM15,000, dokumen perjalanan, kad kredit dan pita rakaman video kamera.

Wai Lai dikatakan meninggalkan begnya di lobi hotel itu bersama-sama kumpulan wartawan dalam dan luar negara sebelum pergi membeli kad prabayar di pusat membeli belah Alamanda yang terletak bersebelahan hotel tersebut. – Bernama

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.