Polis Perak temui senjata M16 dalam kereta

IPOH – Polis sedang memburu seorang lelaki susulan penemuan senjata api M16 di dalam sebuah kereta yang ditinggalkan di tepi jalan di KM24 Jalan Gerik-Jeli, awal hari ini.
image (4)
Ketua Polis Perak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata dalam kejadian 4 pagi itu sepasukan polis Ops Cantas Khas mengejar seorang lelaki yang memandu dalam keadaan mencurigakan selepas menerima maklumat awam.

“Lelaki itu melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis sebelum suspek memberhentikan kenderaan dan melarikan diri ke dalam hutan,” katanya dalam sidang media, di sini.

Katanya pemeriksaan polis ke atas kereta itu menemukan senjata api tersebut. – Bernama

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.