Polis buru suspek curi kenderaan mewah

KUALA LUMPUR – Polis sedang memburu seorang lelaki, dikenali sebagai Nyo Ah Hai atau Robin Hai, yang disyaki terlibat dalam kes curi kenderaan di negara ini sejak beberapa tahun lalu.

Abd Manaf menunjukkan gambar suspek yang dikehendaki polis dalam kes curi kenderaan.

Abd Manaf menunjukkan gambar suspek yang dikehendaki polis dalam kes curi kenderaan.

Ketua Penolong Pengarah Risikan Jenayah (D4), Operasi dan Rekod Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Asisten Komisioner Abdul Manaf Abd Razak berkata, suspek berusia 49 tahun itu aktif mencuri kenderaan jenis 4×4 dan jenis MPV untuk dipasarkan ke luar negara.

“Kenderaan yang dicuri dieksport ke Timur Tengah, Thailand, Kemboja dan China,” katanya pada sidang media di Bukit Aman, semalam.

Abd Manaf berkata, wajah suspek yang sering berubah menyebabkan pihak berkuasa susah mengesannya,” katanya

Katanya, terdapat agensi tertentu yang bersekongkol mengumpulkan kenderaan curi sebelum dipasarkan ke luar negara.

“Dia menggunakan alat canggih untuk mencuri kenderaan mewah yang dilengkapi sistem kunci keselamatan.

“Modus operandinya mudah. Dia akan menghubungi dalangnya di sini untuk mendapatkan kenderaan curi ini berdasarkan permintaan yang diperolehnya,” katanya.

Menurutnya, hanya kenderaan berusia antara enam bulan dan setahun serta tidak pernah terlibat dalam kemalangan menjadi sasaran.

Bagi memastikan kegiatan curi kenderaan ini dapat dilumpuhkan, polis melancarkan Ops Cantas Lejang, dengan memberi tumpuan kepada kedai besi buruk dan kedai alat ganti terpakai.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.