Polis berhak bertindak jika kumpul luar lokasi

image (7)

Loga Bala ketika pemeriksaan barisan penguat kuasa sempena Sambutan Hari Penguatkuasa DBKL di ibu negara, semalam.

KUALA LUMPUR – Pihak polis berhak mengambil tindakan ke atas peserta Himpunan Baju Merah yang berkumpul selain di lokasi yang dibenarkan iaitu di Padang Merbok, kata Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Loga Bala Mohan.

Beliau berkata, kebenaran diberikan kepada penganjur perhimpunan untuk menggunakan Padang Merbok sahaja setelah meneliti permohonan yang menepati syarat dan juga atas persetujuan penganjur yang bersetuju dengan lokasi yang dicadangkan.

“Himpunan Baju Merah sedikit berbeza kerana penganjur memenuhi syarat yang dikenakan di bawah Akta Perhimpunan Aman. Penguat kuasa akan bertugas memastikan harta benda milik Datuk Bandar Kuala Lumpur tidak dirosakkan.

“Sekiranya terdapat kumpulan berhimpun di luar kawasan yang dibenarkan, kemudian mengakibatkan kerosakan pada harta benda DBKL, tanggungjawab adalah di bawah pihak penganjur.

Segala tuntutan yang berkaitan akan dibuat ke atas penganjur,” katanya pada sidang media selepas Majlis Sambutan Hari Penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Ke-46 di sini, semalam.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.