Polis Akan Mohon Sambung Reman Tujuh Suspek

BANGI – Tempoh tahanan reman selama enam hari kesemua suspek utama tragedi kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah minggu lalu akan berakhir esok.

Polis bagaimanapun akan mengemukakan permohonan untuk melanjutkan tempoh tahanan reman kesemua tujuh remaja terbabit.

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif sebagaimana yang dilaporkan Berita Harian (BH), hari ini.

“Kita akan memohon supaya tempoh tahanan reman dilanjutkan,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.15 pagi Khamis lalu, 23 pelajar termasuk dua guru pusat tahfiz berkenaan terkorban selepas terperangkap di tingkat tiga banglo berkenaan yang menempatkan asrama pelajar.

Kejadian itu juga menyebabkan enam pelajar dan seorang orang awam cedera, yang mana tiga daripada mereka masih dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Susulan itu, polis menahan tujuh suspek remaja berusia 11 hingga 18 tahun bagi membantu siasatan tragedi tersebut. -BH ONLINE

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *