PKR kekal di Permatang Pauh, majoriti menurun

image (32)

PERMATANG PAUH – PKR ‎mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh dengan kemenangan selesa walaupun majoriti menurun kepada 8,841 undi.

Calon PKR, Datuk Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memperolehi 30,316 undi manakala calon BN, Suhaimi Shabudin mendapat 21,475 undi, manakala undi rosak sebanyak 254.

Dua lagi pencabar Wan Azizah iaitu calon Bebas, Salleh Isahak dan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM), Azman Shah Othman, masing-masing memperolehi sebanyak 367 dan 101 undi.

Walaupun jumlah keluar mengundi merosot berbanding PRU13, namun PKR berjaya menambah undi Melayu sehingga lima peratus.

Pengumuman rasmi dibuat Pegawai Pengurus Pilihan Raya PRK Permatang Pauh, Jusni Ismail pada jam 10.15 malam ini.

Terdahulu, bermula jam 8 pagi, sebanyak 25 pusat mengundi dengan 130 saluran dibuka bagi membolehkan 71,252 pengundi melaksanakan tanggungjawab mereka.

Peratusan keluar mengundi pada PRK Permatang Pauh lebih rendah iaitu 74 peratus berbanding 88.52 peratus pada PRU13 di kawasan sama.

Pada PRU13 lalu, peratus keluar mengundi di Parlimen Permatang Pauh ialah 88.52 peratus daripada 71,699 pengundi berdaftar.

PRK Permatang Pauh diadakan berikutan penyandangnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhi hukuman penjara lima tahun selepas mahkamah Persekutuan mendapati beliau bersalah dalam kes liwat II.

Pada PRU13, Anwar yang juga bekas ketua pembangkang mengalahkan calon BN, Dr Mazlan Ismail dengan majoriti 11,721 undi.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.