PKR: Anwar Tarik Diri, Wan Azizah Kekal Jawatan

Pemilihan-PKR1KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik diri daripada bertanding jawatan Presiden PKR pada pemilihan kali ini atas nasihat kumpulan peguamnya, sekali gus memberi laluan kepada isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengekalkan jawatan.

Pengarah Jawatankuasa Pemilihan PKR, Datuk Johari Abdul berkata Anwar menyerah surat rasmi bertarikh 19 April kepada jawatankuasa berhubung hasratnya itu.

“Pengundurannya juga mengambil kira keadaan semasa termasuk kematian bekas Pengerusi DAP, Karpal Singh dan rayuan kesnya selain pendaftaran ROS.

“Kita lihat tidak ada calon lain selain isterinya, Datin Seri Wan Azizah yang masih mengekalkan pencalonan,” katanya pada sidang di ibu pejabat PKR di sini sebentar tadi. – BH Online

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.