Pintu tercabut jadi penyelamat

ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran lori dalam kemalangan di Kilometer 129.4 Lebuhraya PLUS dekat Muar.

ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran lori dalam kemalangan di Kilometer 129.4 Lebuhraya PLUS dekat Muar.

Muar: Seorang pemandu lori terselamat apabila kenderaan dipandunya itu merempuh belakang sebuah lori lain sebelum terbalik dan terbakar di Kilometer 129.4 Lebuhraya PLUS arah Selatan, dekat sini, pagi semalam.

Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Gambir Abd Rahman Jaafar berkata, kejadian berlaku apabila lori yang dipandu mangsa merempuh bahagian belakang lori yang rosak kira-kira jam 7 pagi.

“Kami difahamkan, lori bermuatan aluminium itu baru mengalami kerosakan dan pemandunya belum sempat meletakkan kon kecemasan sebelum lori simen yang dipandu seorang lelaki berusia 30-an merempuh lorinya.

“Rempuhan kuat itu menyebabkan lori simen itu hilang kawalan sebelum terbalik dan menyeberangi longkang melepasi penghadang jalan.

“Bagaimanapun, pemandunya sempat keluar dengan kecederaan ringan pada badan sebelum lori itu terbakar di bahagian depan,” katanya.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.