Piala FA Inggeris: Swansea Singkirkan Man United

LONDON – Wilfried Bony menyambar gol dramatik pada minit terakhir perlawanan ketika Swansea City mengaibkan Manchester United dengan kemenangan 2-1 pada perlawanan pusingan ketiga saingan Piala FA, awal pagi tadi.

Swan-565x317United yang tersasar 11 mata daripada takhta Liga Perdana Inggeris dan tumpas enam perlawanan, tersingkir pada saingan itu sekali gus memberi tekanan dan menambah masalah terhadap pengurus, David Moyes.

Malah, senarai pemain United yang mengalami kecederaan turut bertambah apabila Rio Ferdinand terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan lutut manakala Fabio da Silva pula dibuang padang sebaik selepas masuk menggantikan Ferdinand. – AFP

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.