Petronas buka 60 stesen tahun ini

Petronas Dagangan Berhad (PDB) merancang pembukaan 60 buah stesen bagi tahun ini sebagai sebahagian daripada strategi untuk memberi lebih kemudahan kepada pelanggan di seluruh negara.

Ketua Polis Negara,Tan Sri Ismail Omar menerima replika cek daripada Wan Zulkiflee (kiri) pada majlis penyampaian sumbangan Tabung Perwira Angkatan Tentera Malaysia.

Ketua Polis Negara,Tan Sri Ismail Omar menerima replika cek daripada Wan Zulkiflee (kiri) pada majlis penyampaian sumbangan Tabung Perwira Angkatan Tentera Malaysia.

Pengerusi PDB, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin berkata pembukaan stesen itu adalah antara fokus utama syarikat untuk  mengembangkan bahagian pasaran secara agresif.

Selain itu, PDB turut melabur dalam penyelidikan dan pembangunan teknologi produk terkini dan memperkenalkan program ganjaran untuk menarik pelanggan baru serta sedia ada.

“Pembukaan stesen baru dijangka meningkatkan peratusan perkongsian pasaran perniagaan runcit PDB di Malaysia kepada 31 peratus berbanding 29 peratus tahun lalu,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Agong Tahunan PDB di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau berkata, PDB turut memberi fokus untuk mengukuhkan kehadirannya di rantau Asia Tenggara melalui kewujudan syarikat yang terlibat dalam perniagaan gas petroleum cecair (LPG) dan pelincir di Thailand, Vietnam dan Filipina.

“PDB juga akan menerokai peluang usaha sama antarabangsa bagi menyediakan perkhidmatan pelbagai lokasi kepada pelanggan. Ketika ini, PDB membekalkan bahan api kepada Jet Airways dan Air Asia di Hong Kong dan Malaysia Airlines (MAS) di London melalui Petronas Aviation Sdn Bhd (PAV).

“Kedua-dua pasaran itu dijangka mampu menyumbangkan keuntungan lima hingga lapan peratus keuntungan dalam tempoh lima tahun akan datang,” katanya.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.