Pesawat Asiana tergelincir, 27 penumpang cedera

Pesawat Asiana Airlines tersebut tergelincir beberapa ratus meter dari landasan Hiroshima.

Pesawat Asiana Airlines tersebut tergelincir beberapa ratus meter dari landasan Hiroshima.

TOKYO – JEPUN. Sekurang-kurangnya 27 cedera selepas pesawat Asiana Airlines  tergelincir dari landasan sebelum merempuh antena komunikasi di lapangan terbang Hiroshima, barat Jepun, kelmarin.

Jurucakap penerbangan itu memaklumkan pesawat yang membawa 74 penumpang dan tujuh kru itu berlepas dari Lapangan Terbang Incheon sebelum insiden tersebut berlaku.

“Punca kejadian masih disiasat. Hasil siasatan awal mendapati pesawat tersebut tergelincir pada jarak beberapa ratus meter dan turut berpusing lebih 90 darjah,” jelasnya lagi.

Pada Julai 2013, sekurang-kurangnya tiga penumpang maut selepas ekor pesawat Asiana 214 terlanggar landasan sebelum terhempas di San Francisco.  – AFP

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.