Pesaing Tabur Racun Dalam Bekalan Air

TADIKA-565x371Yunnan – Kejam dan tidak berhati perut. Kerana wang, seorang pemilik sebuah tadika sanggup meletak racun tikus dalam bekalan air pesaingnya menyebabkan dua kanak-kanak meninggal dunia manakala 76 lagi dimasukkan ke hospital.

Kejadian berlaku di Shuanglongyin dengan kanak-kanak yang belajar di tadika Jiajia yang berusia antara tiga hingga lima tahun itu, telah mengalami muntah-muntah.

Pada mulanya doktor menyangka ia berpunca daripada gula-gula yang diberikan oleh pihak sekolah, namun apabila ujian dilakukan ke atas bekas kertas pembalutnya, pihak berkuasa tidak menemui apa-apa.

Apatah lagi dua kanak-kanak yang meninggal dunia itu tidak makan gula-gula berkenaan.

Namun selepas siasatan lanjut, barulah pihak berkuasa mengetahui mengenai kejadian sebenar terutama selepas tadika Jiajia pernah dipecah masuk, dua hari sebelum ini.

Perkara itu tidak dilaporkan oleh pemiliknya kepada polis kerana tiada barang yang hilang.

Suspek, He Feng telah ditangkap namun dia menafikan penglibatannya.

Pihak berkuasa memaklumkan bahawa racun tikus, tetramethylenedisulfotetramine (TETS) yang tidak mempunyai sebarang warna dan bau itu dikesan dalam bekalan air tadika terbabit.

TETS telah diharamkan penggunaannya sejak 1984 kerana ia boleh menyebabkan kematian kepada manusia, namun terus digunakan di China disebabkan ia mudah dihasilkan.

Ini bukan kali pertama kejadian seumpama ini berlaku. Pada 2004, seramai 74 orang meninggal dunia selepas makan kek yang dijual oleh sebuah syarikat.

Ia berlaku akibat persaingan dan kek itu telah dicampur dengan racun.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.