Perogol bersiri didakwa lagi

KOTA BHARU – Perogol bersiri Amran Che Jaafar, 31, yang menggemparkan masyarakat Kelantan suatu masa lalu, dijatuhkan hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Majistret semalam atas tuduhan memecah dan mencuri pada tahun 2011.

Muhammad Al Hafiz dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen, semalam.

Muhammad Al Hafiz dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen, semalam.

Hukuman tersebut menjadikan jumlah keseluruhan hukuman penjara yang dikenakan terhadapnya berjumlah 73 tahun dan 47 sebatan untuk pelbagai kesalahan merogol, mencuri dan menceroboh.

Majistret Nik Habri Muhammad menjatuhkan hukuman tersebut selepas mendapati Amran bersalah di akhir kes perbicaraannya semalam.

Mengikut pertuduhan, pada 21 Ogos 2011 pada jam 8.10 pagi di sebuah rumah di Kampung Dusun Bayam telah memecah masuk rumah dan mencuri di kediaman milik Farahiyah Pawanchik, 28.

Amran melakukan perbuatan tersebut tanpa kebenaran mangsa dan mencuri dua buah telefon bimbit jenama Sony Ericson dan Nokia dan juga dua pengecas telefon bimbit.

Jika disabit kesalahan, Amran boleh dihukum di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun. Kes ini merupakan kes kesembilannya yang berjaya dihadapkan di Mahkamah Kota Bharu dan masih berbaki beberapa kes lagi melibatkan pelbagai kesalahan yang dilakukannya di daerah lain.

Sinar Harian pernah menyiarkan mengenai kejayaan polis Kelantan menahan perogol bersiri yang terlibat lebih 20 kes rogol dan cubaan rogol di ketika cuba menodai seorang wanita di sebuah asrama di sini.

Dalam pada itu, seorang remaja dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas kesalahan merogol gadis bawah umur.

Muhammad Al Hafiz Mohd Yusoff, 19, yang berasal dari Kampung Pulau Belacan Panchor melakukan kesalahan itu pada 15 Oktober lalu, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim, Mohd Yusoff Yunus.

Mengikut pertuduhan, tertuduh melakukan kesalahan itu pada jam 2.30 petang di Kampung Pulau Belacan, Pengkalan Chepa merogol seorang remaja perempuan berusia 15 tahun sembilan bulan.

Kes pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Hamizah Ghazali dan mahkamah menetapkan 21 November 2013 untuk sebut semula kes.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.