Pernikahan unik pasangan OKU

TAMPIN –  Biarpun menggunakan bahasa isyarat, pasangan Mohd Saiful Izzuan Ahmad, 26, dan Hamzuriatul Akmarina Hamdan, 24, selamat diijab kabul oleh Imam 2 Masjid Jamek Tengku Besar Tampin, Abdul Ghani Kaeh di Surau, Kompleks Kediaman Anggota Polis Diraja Malaysia Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin, di sini, semalam.

Mohd Saiful Izzuan menyarungkan cincin di jari manis isterinya, Hamzuriatul Akmarina.

Mohd Saiful Izzuan menyarungkan cincin di jari manis isterinya, Hamzuriatul Akmarina.

Mohd Saiful Izzuan menggunakan bahasa isyarat bagi melafazkan akad “Aku terima nikahnya, Hamzuriatul Akmarina dengan mas kahwin RM220 tunai”.

Acara akad nikah bagi pasangan kedua mempelai telah dibantu oleh adik pengantin perempuan, merangkap jurubahasa isyarat, Hamzuriatul Akmarinie Hamdan.

Pernikahan pasangan kedua mempelai yang masing-masing merupakan OKU cacat pendengaran dan bisu telah dianggap hadirin sebagai pernikahan unik sekali.

Bagi saksi Imam Satu, Masjid Tunku Besar Tampin, Ustaz Saiful Islam Dol Hamid, sejak beliau dilantik menjadi imam dan dilantik menjadi juru nikah sejak tiga tahun lalu, inilah kali pertama dirinya menikahkan OKU.

“Pernikahan ini amat unik sekali kerana kedua-dua pasangan ini tidak boleh bertutur dan mendengar apa yang dicakapkan ,melainkan menggunakan bahasa isyarat,” katanya.

Sementara itu, pengantin perempuan, Hamzuriatul Akmarina yang dibantu adiknya sebagai jurubahasa isyarat berkata, dia dan suami telah berkenalan sejak enam tahun lalu ketika sama-sama menuntut di Sekolah Menengah Vokasional di Shah Alam.

“Kemudian kami sama-sama melanjutkan pelajaran di Kolej Komuniti, Selayang, Selangor dalam jurusan penyediaan makanan dan pengurusan hotel,” katanya.

Pasangan itu bersyukur semuanya selamat dan berdoa agar hubungan ini berkekalan.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.