Pernah Berdepan Saat Cemas Dalam Pesawat

diana-565x316Tragedi yang menimpa pesawat Malaysia Airlines MH370 turut memberikan kesan yang mendalam buat pelakon Diana Danielle yang mempunyai pengalaman melalui saat-saat cemas ketika menaiki penerbangan ke New York, tiga tahun lalu.

Disebabkan insiden tersebut, Diana menjadi sedikit fobia setiap kali terpaksa menggunakan pengangkutan udara.

Isteri Farid Kamil ini mendedahkan pesawat yang dinaikinya mengalami masalah pada bahagian enjin sehingga ia terpaksa mendarat di lapangan terbang terdekat.

“Ia sukar untuk digambarkan keadaan itu kerana saya rasakan seperti pesawat itu menjunam selama enam saat dengan enjinnya berhenti.

“Ketika itu saya dapat rasakan semua penumpang berada dalam keadaan cemas dan saling berpandangan antara satu sama lain,” katanya memetik laporan mStar.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai isu MH370, Diana masih menaruh harapan yang penumpang dan anak kapal MH370 selamat selagi belum ada bukti kukuh yang mengesahkan ia terhempas di Lautan Hindi seperti dilaporkan.

Ibu kepada Mohammad itu juga mengecam tindakan media antarabangsa yang gemar melaporkan pelbagai berita negatif tentang Malaysia sejak kehilangan MH370.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.