Perempuan Cuba Culik Bayi Dibelasah Orang Ramai

Woman

Gara-gara cuba menculik seorang bayi, seorang wanita yang merupakan pendatang dari Colombia, telah dibelasah oleh orang ramai.

Kejadian berlaku selepas wanita itu, dikenali sebagai Deisi Caviedes Ardila cuba menculik bayi berusia empat bulan itu, ketika dia turun dari bas di bandar Antofagasta di Chile.

Ibu bayi berkenaan kemudiannya menjerit meminta tolong selepas anaknya diculik. Orang ramai kemudiannya tampil membantu dan wanita itu yang hanya memakai bra dan seluar, telah dibelasah.

Dia telah ditangkap dan berdepan tuduhan menculik.

Dalam pada itu, ibu kepada bayi berkenaan yang hanya dikenali sebagai Silvana berkata, dia telah diserang dengan pisau oleh wanita tersebut ketika berjalan pulang bersama dua anaknya, iaitu bayi berkenaan dan seorang lagi anak lelakinya yang berusia enam tahun.

“Dia mengugut saya dengan pisau dan meminta saya menyerah bayi saya atau dia akan membunuh anak lelaki saya yang seorang lagi.

“Saya telah terjatuh setelah dia menikam belakang saya,’’ katanya.

Dalam pada itu, polis memaklumkan pihaknya menemui baju bayi dan lampin pakai buang bersama wanita itu ketika dia ditangkap.

Selain itu, mesej dalam telefon bimbitnya juga tertulis `sayang, saya akan bawakan awak bayi’’.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.