Penyokong PKR Mengaku Dibayar Hantar Surat

SEORANG lelaki berusia 61 tahun yang didakwa menghantar surat keluar parti dari Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hutan Melintang S Kesavan mengakui dia dibayar untuk melakukan perkara itu.

Recently-Updated34-565x422Ketua Polis Negeri Perak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata lelaki itu memberitahu perkara itu ketika soal siasat dan mengatakan seorang yang tidak dikenalinya telah membuat pembayaran supaya surat itu dihantar.

“Lelaki itu mengakui dirinya sebagai penyokong PKR dan telah bertemu dengan individu berkenaan di sebuah program parti di Kajang.

“Dia juga mendakwa tidak mengetahui berkenaan isi kandungan surat yang dihantarnya” kata Acryl Sani dipetik daripada laporan The Star Online

Menurut beliau, kini pihak polis sedang giat mencari individu yang tidak dikenali itu.

Selasa lepas, sepucuk surat bertarikh 2 Januari mengatakan Kesavan membuat keputusan keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana sudah hilang kepercayaan kepada kempimpinan parti itu.

Surat berkenaan dihantar kepada pejabat Speaker Dewan Undangan Negeri Perak Datuk SK Devamany yang kemudian mengesahkan menerimanya.

Kesavan kemudiannya membuat laporan polis berkenana isu itu. – mynewshub

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.