Penyamun dikejar polis gagal larikan kereta

PETALING JAYA – Hasrat sekumpulan penjenayah  mendapatkan kereta curi yang ditinggalkan di kawasan Seksyen 11, Kota Damansara, dekat sini,  petang tadi tidak kesampaian  apabila mereka terserempak dengan anggota polis yang kebetulan  mahu mengambil kereta tersebut untuk dijadikan bukti kes.

Pasukan forensik polis sedang memeriksa Proton Waja yang dinaiki empat penjenayah di Flat Gugusan Cempaka,Seksyen 6,Kota Damansara, hari ini.

Pasukan forensik polis sedang memeriksa Proton Waja yang dinaiki empat penjenayah di Flat Gugusan Cempaka,Seksyen 6,Kota Damansara, hari ini.

Kereta Proton Waja  yang  dinaiki empat suspek itu  cuba meloloskan diri  dengan  melanggar kenderaan  polis yang mengejarnya  serta  beberapa buah kenderaan  awam dengan  memandu  sejauh empat kilometer   hingga tiba  ke kawasan flat di Seksyen  6, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, anggotanya  terpaksa melepaskan dua das tembakan  ke arah kereta suspek, selepas   kenderaan itu  dilihat cuba melanggar seorang lelaki berusia 50-an yang sedang berjalan kaki di lorong  mati.

“Suspek sempat mengundur keretanya dan berhenti  di sebuah  lagi kawasan flat kira-kira 200 meter  dari lorong itu dan ke semuanya suspek yang merupakan lelaki  berusia dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun didapati telah melarikan diri,” katanya.

Menurut Arjunaidi, kereta Proton Waja yang digunakan  kumpulan itu pernah dilaporkan hilang di  Ipoh, Perak  dan digunakan  untuk melakukan kegiatan samun.

“Kumpulan ini  aktif melakukan beberapa siri kes samun dan curi kenderaan di sekitar Lembah Klang.

“Dua daripada anggota kumpulan yang sama  sebelum ini  telah ditahan  dan  membawa   polis ke lokasi itu untuk mendapatkan  Proton Wira curi yang  disembunyikan,” katanya.

Katanya lagi,  siasatan mendapati  Proton Wira  itu  telah dicuri daripada pemiliknya di Kelana Jaya.

Susulan daripada itu polis kini  melancarkan gerakan  memburu keempat-empat suspek yang  dipercayai masih berada di kawasan berkenaan.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.