Pentadbiran Kelantan masih rujuk Nik Aziz

KOTA BHARU – Kerajaan Pas Kelantan mengaku masih merujuk kepada bekas Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk mengurus tadbir negeri itu.

Datuk Ahmad Yakob

Datuk Ahmad Yakob

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, ini kerana Nik Abdul Aziz masih memegang jawatan Pesuruhjaya Pas Kelantan.

“Dalam parti Tok Guru (Nik Abdul Aziz) masih lagi Pesuruhjaya (Pas) Negeri Kelantan. Di situlah forum kita pada setiap minggu, (selain) mesyuarat Dewan Harian dengan semua kepimpinan yang masih dikekalkan sehingga Muktamar Pas akhir tahun ini.

“Mungkin ada perubahanlah. Sehingga kini kepimpinan parti (di Kelantan) masih kekal,” katanya selepas merasmikan Sambutan 23  Tahun Kelantan Membangun Bersama Islam di pekarangan Stadium Sultan Muhammad ke IV, di sini hari ini.

Nik Abdul Aziz melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan selepas  PRU13 Mei lalu setelah lebih 20 tahun memgang jawatan itu sejak Pas memerintah Kelantan pada 1990.

Mengulas mengenai PRK Dun Sungai Limau, Kedah, Ahmad berkata Pas Kelantan akan menghantar empat kumpulan jentera bagi membantu beberapa kawasan peti undi di sana.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan penamaan calon untuk PRK Dun Sungai Limau pada Rabu ini, manakala pengundian pula pada 4 November.

Dun itu yang merupakan kubu kuat Pas, diisytihar kosong susulan kematian penyandang Tan Sri Azizan Abdul Razak pada 26 September lepas. – Bernama

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.