Penjenayah Berpistol Maut Ditembak Anggota D9

SUSPEK mati ditembak.

SUSPEK mati ditembak.

SUNGAI SIPUT – Seorang penjenayah ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan dengan anggota polis di Salak Baru di sini, kira-kira pagi tadi.

Dalam kejadian 5 pagi, sepasukan anggota dan pegawai daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bahagian Siasatan Khas D9, Ibupejabat Polis Kontinjen IPK Perak menjalankan tugas ops Cantas Khas di sekitar daerah itu sebelum terserempak dengan suspek yang memandu kereta jenis Proton Waja.

Menurut sumber, pasukan polis berjaya memintas kenderaan suspek sebelum berlaku tembakan.

“Suspek yang bersenjatakan pistol berbalas tembakan dengan polis menyebabkan suspek ditembak mati di lokasi kejadian,” katanya.

Sidang media membabitkan kes berkenaan akan diadakan 11 pagi ini di IPK Perak.- myMetro Online

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.