Penjelasan Penerbit Buku Isu ZAKAR Dan SALIB

Sebelum ini, kami pernah menyiarkan tentang buku mengajar kanak-kanak ejaan jawi dan rumi menggunakan gambar yang tidak sesuai.

image41Di bawah, adalah penjelasan daripada penerbit buku-buku berkenaan, Ladybug Books.

1625736_639435732794907_1843347790_n-300x268Daripada penjelasan mereka, pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) didakwa membenarkan penggunaan zakar asalkan gambar berkenaan ditutup dengan pelekat.

Dakwa Ladybug, individu yang menyebarkan gambar ini telah menanggalkan pelekat berkenaan sebelum menyebarkannya.

Manakala bagi pemilihan gambar salib untuk mengajar kanak-kanak (sudah tentu, kebanyakannya Islam) mengeja jawi pula, pihak Ladybug menyatakan mereka memilih objek Salib untuk huruf ‘sad’ dengan tujuan agar ibu bapa boleh memainkan peranan mereka untuk mendidik anak-anak tentang perkara yang haram di sisi agama Islam.

Nampaknya dari segi undang-undang memang pihak Ladybug tidak bersalah jika benar dakwaan mereka bahawa semua ini mendapat izin KDN.

Cuma untuk alasan salib bagi huruf ‘sad’ itu, kedengaran agak dangkal.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.