Peniaga dituduh rogol anak tiri

KOTA BHARU – Seorang peniaga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, kelmarin atas tuduhan merogol anak tirinya, bulan lalu.
image (7)
Wan Shahrul Nazry Wan Hasan, 35, didakwa merogol remaja bawah umur berusia 14 tahun lima bulan itu di sebuah rumah di Kampung Pondok Hj Hassan, Ketereh di sini, pada jam 3 pagi, 4 Mac.

Tuduhan dibuat mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara antara lapan dan 30 tahun dan boleh dikenakan sebatan tidak kurang 10 kali.

Hakim, Mohd Yusuff Yunus bagaimanapun menetapkan sebutan semula pada 22 Mei depan.
Sementara itu, tiga lelaki dihadapkan ke mahkamah sama atas tuduhan berasingan merogol kekasih masing-masing, pada bulan ini.

Kes pertama membabitkan jurukimpal, Sha Shahry Harun,21, yang akan dihukum 30 April ini selepas mengaku bersalah merogol kekasihnya berusia 14 tahun lima bulan di sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Bukit Yong, Pasir Puteh, pada jam 8 malam, 11 April.

Kes kedua, buruh, Mohamad Abdul Latif Mamat, 21, tidak mengaku bersalah merogol kekasihnya berusia 15 tahun enam bulan di sebuah rumah di Kampung Raja, PCB di sini, pada jam 12 tengah malam, 14 April.

Manakala, kes ketiga, buruh, Ahmad Bur Rahim Ahmad Sluji,21, tidak mengaku salah merogol kekasihnya berusia 12 tahun sembilan bulan di sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Panjang Banggu di sini, pada jam 12 tengah malam, 10 April.

Dua kes itu disebut semula 22 Mei depan. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Nor Hamizah Ghazali.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.