Pengulas Sukan Tertidur Ketika Siaran Langsung

CHICAGO – Nampaknya musim cuti ini memang memenatkan bagi bekas jurulatih sukan bola sepak, Mike Ditka, 74.

Apa tidaknya, dia telah tidur ketika menjadi pengulas dalam rancangan ESPN Sunday NFL Countdown yang disiarkan secara langsung.

anchor-565x339Selepas menyedari Ditka tertidur, seorang lagi pengulas sukan, Keyshawn Johnson cepat-cepat mengejutkan Ditka memaksa bekas jurulatih Chicago Bears itu bangun.

Duduk di sebelah Ditka ialah Chris Berman, Tom Jackson dan Cris Carter, yang turut mengambil peluang menutup mata sekejab ketika mereka mendengar laporan lansung oleh Josina Anderson di Miami.

Ia bukan kali pertama pengulas tertidur ketika rancangan sedang keudara secara langsung.
Tahun lepas, seorang wartawan Fox News, Douq Luzader yang berada di Washington tertidur ketika dia mengadakan lintas lansung dengan studio di Austin.

Ia mengejutkan penyampai Fox News ketika itu, Joe Bickett yang berulang kali memanggil nama Luzader.

Selepas gagal mengejutkan Luzader, Fox News kemudiannya memutuskan talian dan Bickett dilaporkan berkata, mereka akan kembali semula bersama Luzader.

Namun berita itu terus keudara tanpa disambung semula dengan Luzader.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.