Pengkritik musuh kami

ANTONIO Conte ternyata kurang senang kritikan negatif sesetengah pihak terhadap Juventus.

Juara Serie A musim lalu itu berdepan prestasi terumbang-ambing dan sekadar mengutip 16 mata dari enam perlawanan untuk menghuni tangga ketiga liga ketika ini.

ANTONIO CONTE

ANTONIO CONTE

Menurut Conte, kritikan berbaur negatif itu cubaan menggoncang kestabilan Juventus dan melabel pengkritik berkenaan sebagai musuh kelab.

“Permulaan perlahan kami mengundang kritikan banyak pihak. Ini percubaan membunuh motivasi pemain.

“Saya anggap mereka sebagai musuh. Musuh yang bersembunyi di setiap sudut,” katanya.

Oleh itu katanya, Juventus perlu segara bangkit mencipta kemenangan dalam setiap perlawanan bagi mengunci mulut pengkritik.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.