Pengguna tersekat lebih sejam

KOTA TINGGI – Puluhan kenderaan tersangkut dalam kesesakan lalu lintas lebih satu jam, gara-gara banjir kilat di Jalan Ulu Tiram-Kota Tinggi, berhampiran sebuah pasar raya di sini, petang kelmarin.

Banjir kilat yang berlaku di jalan Ulu Tiram-Kota Tinggi, petang kelmarin.

Banjir kilat yang berlaku di jalan Ulu Tiram-Kota Tinggi, petang kelmarin.

Keadaan itu menyebabkan hanya kenderaan berat sahaja boleh mengharungi banjir kilat tersebut, manakala kereta dan motosikal tidak dapat bergerak sehingga menyebabkan kesesakan lebih satu kilometer.

Orang awam, Hairizal Hadman, 29, berkata, dia terpaksa menunggu lebih satu jam di dalam kereta sementara menunggu banjir surut.

“Saya dari Kempas dalam perjalanan untuk pulang ke rumah di Kota Tinggi. Ketika itu memang hujan lebat dan tidak sangka pula akan berlaku banjir kilat seteruk itu.

“Hanya lori besar sahaja yang boleh melepasi banjir tersebut,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, kejadian itu dipercayai berlaku akibat masalah sistem perparitan dan ia bukan kali pertama, sebaliknya berulang setiap kali hujan lebat secara berterusan.

Difahamkan, keadaan kembali pulih sekitar jam 5 petang apabila air banjir mulai surut dan kenderaan ringan sudah boleh melalui jalan terbabit.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.