Penamat karier antarabangsa

 

Seorang penyokong memakai topeng Neymar kecewa selepas Brazil gagal ke final.

Seorang penyokong memakai topeng Neymar kecewa selepas Brazil gagal ke final.

BEKAS pemain tengah Brazil, Juninho meramal beberapa pemain utama Skuad Selecao tidak akan menyarung kembali jersi pasukan kebangsaan negara itu selepas tewas dalam situasi paling memalukan kepada Jerman, awal pagi semalam.

Dalam pertemuan itu, Brazil bolos lima kali di babak pertama sebelum membenarkan Jerman menjaringkan dua lagi gol di separuh masa kedua untuk tewas dengan keputusan 1-7.

Sebaik sahaja perlawanan berakhir, pemain diejek malah dilempar kata-kata kesat daripada peminat yang tidak berpuas hati dengan prestasi buruk skuad kendalian Luiz Felipe Scolari.

“Amat sukar untuk pulih daripada ‘mimpi buruk’ ini. Mungkin sesetengah pemain tidak akan bermain untuk Brazil lagi.

“Sama ada mereka dipecat atau bersara daripada karier antarabangsa, itu terpulang. Apa pun, sekarang bukan masa sesuai untuk mengkritik mereka,” katanya.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.