Pemandu nyaris maut

RANTAU PANJANG – Seorang pemandu lori nyaris maut apabila lori dipandunya terbabas ke kiri jalan ketika cuba mengelak sebuah motosikal yang terbalik merintangi jalan dalam kejadian di Kubang Rambutan, petang semalam.

Motosikal yang dinaiki dua remaja rosak teruk dalam kejadian di Kubang Rambutan, petang kelmarin.

Motosikal yang dinaiki dua remaja rosak teruk dalam kejadian di Kubang Rambutan, petang kelmarin.

Ketika kejadian, mangsa, Jarumi Awang, 52, berkata, dia dalam perjalanan dari Pasir Mas ke Kampung Kajang, Tanah Merah untuk mengambil barang.

Jarumi berkata, ketika sampai di tempat kejadian, dia melihat sebuah motosikal ditunggangi remaja dari arah bertentangan terbalik dan menggelongsor ke laluannya.

Menurutnya, dia terpaksa mengelak memandangkan di laluan setentang terdapat banyak kenderaan menyebabkan lori berkenaan terbabas.

“Saya cuba mengelak daripada melanggar motosikal yang menggelongsor akibat pecah tayar itu, tambahan ketika itu hujan.

“Saya bersyukur tidak mengalami kecederaan walaupun lori terbalik ke bawah jalan,” katanya kepada Sinar Harian, petang kelmarin.

Berikutan kejadian, motosikal dinaiki dua remaja rosak teruk sementara keduanya dipercayai mengalami luka di beberapa bahagian badan.

Jarumi berkata, dia sudah 20 tahun membawa lori dan ini merupakan kali pertama terlibat kemalangan.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.