Pemandu lori Pos Laju maut kemalangan

image (3)

Jenazah Mohd Amin diusung untuk dihantar pulang ke kampung untuk dikebumikan.

GUA MUSANG – Seorang pemandu lori Pos Laju terbunuh apabila dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda ketika berhenti bersama seorang rakanya sebaik lori yang mereka naiki itu terbabas di Kilometer 26 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, dekat sini, awal pagi semalam.

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 1.30 pagi ketika mangsa Mohd Amin [email protected], 27, bersama Mohd Sharizal Rosli, 27 dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Gua Musang dan berhenti di laluan bertentangan kerana lori rosak selepas merempuh penghadang jalan.

Sebaik mereka berbincang mengenai kerosakan lori yang dinaikinya itu berhampiran kenderaan terbabit, datang sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang dipandu seorang lelaki dari Gua Musang menghala ke Kuala Krai merempuh kedua-dua mangsa.

Mohd Amin berasal dari Kampung Pasir Pekan, Tumpat tercampak kira-kira tujuh meter ke dalam longkang meninggal dunia di tempat kejadian kerana cedera parah di kepala dan badan manakala Mohd Sharizal yang cedera di kaki kanan dikejarkan ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk menerima rawatan.

Bagaimanapun, pemandu kenderaan pacuan empat roda berusia 50 an tidak mengalami sebarang kecederaan walaupun kenderaan yang dipandunya itu turut terbabas dan terhumban dalam longkang tempat kejadian.

Menurut Mohd Amin ketika ditemui di HGM, ketika dalam perjalanan itu dia yang memandu lori Pos Laju dan kebiasaannya akan tukar memandu sebaik tiba di Pejabat Pos Gua Musang selepas selesai menurunkan barangan yang dibawa.

Beliau berkata, lori yang penuh dengan surat dan item Pos Laju itu akan ditukarkan dengan lori lain datang dari Kuala Lumpur yang menunggu di Kampung Kechau dekat Kuala Lipis untuk dibawa semula ke Kota Bharu.

“Tak tahulah saya macam mana lori yang saya pandu boleh terbabas merempuh menghadang jalan di laluan bertentangan menyebabkan lori rosak dan berhenti situ.

“Saya berbincang dengan arwah mengenai kerosakan itu berhampiran lori dan tiba-tiba kenderaan pacuan empat roda yang datang dari arah Gua Musang menghala ke Kuala Krai itu merempuh kami berdua,” katanya.

Katanya, dalam kejadian itu, dia yang cedera di kaki terpaksa merangkak ke tempat arwah yang berada dalam longkang dan memanggil namanya, namun senyap sebelum saya dimaklumkan orang ramai Mohd Amin meninggal dunia.

Mayat mangsa dihantar ke HGM untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarganya tengah hari semalam untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pasir Pekan, Tumpat.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.