Pemandu, Kelindan Lori Pos Malaysia Maut Nahas

Pemandu-Kelindan-Lori-Pos-Msia-Maut-Nahas-565x423SEREMBAN – Seorang pemandu dan kelindan lori Pos Laju maut dalam kemalangan membabitkan dua treler, sebuah lori dan motosikal di Kilometer 251.9 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), arah selatan jam 4.10 pagi tadi.

Sumber polis berkata, pemandu yang meninggal adalah Hasmadi Safar dan kelindan, Mohd Shahrim Mohd Saad, akibat kecederaan parah di kepala.

Katanya, nahas berlaku apabila apabila sebuah treler yang membawa muatan plastik dari arah Pedas/Linggi menghala ke Kuala Lumpur melanggar bahagian belakang sebuah lori muatan baja yang turut menghala arah yang sama.

Menurutnya, akibat pelanggaran itu treler berkenaan memasuki arah bertentangan dan melanggar lori Pos Laju berkenaan yang dikatakan dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menghala ke selatan.

“Pemandu lori dan kelindan Pos Laju berkenaan maut di tempat kejadian manakala sebuah motosikal yang berada di dalam kenderaan itu turut terbakar.

“Bagaimanapun pemandu treler yang melanggar hanya mengalami cedera ringan namun pemandu dan kelindan lori muatan baja cedera parah,” katanya semua mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Zainal Abu, ketika dihubungi, mengesahkan kejadian. – Berita Harian

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.