Pemain Bola Diselamatkan Pihak Lawan

BOLA-565x343Kiev – Ia merupakan saat dramatik melibatkan pemain pasukan bola sepak Dynamo Kiev dalam Liga Perdana Ukraine.

Pemain itu, Oleg Gusev, 30, berjaya diselamatkan oleh seorang pemain lawan dari pasukaan Dnipro, Jaba Kankava, daripada tertelan lidah sendiri.

Kejadian berlaku selepas Gusev tidak sedarkan diri setelah berlanggar dengan penjaga gol Denys Boyko. Lutut Boyko telah terkena muka Gusev menyebabkan dia rebah.

BOLA1-300x191Namun tindakan pantas Kankava yang terus memasukkan tangan ke dalam mulut Gusev untuk membolehkan aliran udara di leher Gusev berjalan lancar, nyata berjaya menyelamatkan pemain bola itu.

Beberapa saat kemudian, Gusev, yang juga kapten pasukan Dynamo Kiev mulai sedar dan meronta-ronta sebelum berjaya ditenteramkan oleh pasukan perubatan yang bergegas ke tengah padang.

Penonton yang menyaksikan perlawanan itu semuanya diam dan mereka kemudian menepuk tangan apabila Gusev diusung keluar.

Manakala Kankava pula telah diberikan rawatan selepas tangannya dipercayai digigit secara tidak sengaja oleh Gusev ketika dia cuba menyelamatkan lelaki itu.

Sementara Gusev pula dilaporkan semakin pulih.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.