Peluang raih emas Olimpik 2020 sukar

IMPIAN untuk melihat skuasy dipertandingkan pda temasya Sukan Olimpik 2020 mungkin sukar menjadi kenyataan.

Berdasarkan keputusan poll semasa lawan web insidethegames, skuasy kini berada di nombor dua belakang sukan wrestling.

Pemain nombor satu dunia, Datuk Nicol David terus berkempen bagi memastikan acara itu diterima di Sukan Olimpik 2020.

Pemain nombor satu dunia, Datuk Nicol David terus berkempen bagi memastikan acara itu diterima di Sukan Olimpik 2020.

Hanya mengumpul 30 peratus melalui 39,725 undian berbanding Wrestling yang mendapat 53,519 undian (40.5 peratus), usaha jaguh nombor satu dunia, Nicol Ann David untuk merebut tiket ke Olimpik selepas sukan gusti digugurkan nyata masih belum mencukupi.

Mengakui peluang Malaysia untuk menambah sasaran pingat emas dalam temasya berprestij itu mungkin tidak kesampaian, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Seri Zolkples Embong bagaimanapun percaya Persatuan Skuasy Malaysia (SRAM) masih mempunyai peluang untuk memintas wrestling.

“Selain skuasy, Malaysia mungkin tidak mempunyai peluang pingat dalam sukan lain yang turut berada dalam senarai undian seperti karate, wushu, wakeboard, sport climbing, roller sports dan besbol/sofbol.

“Kita (MSN) akan cuba membantu menghebahkan mengenai undian tersebut kepada seluruh warga MSN dan juga atlet di seluruh Malaysia. Malah saya turut berharap rakyat Malaysia turut sama membantu,” katanya ketika ditemui di Bukit Jalil semalam.

Sebelum ini, skuasy terlepas dua kali peluang ke Olimpik 2012 dan 2016 sebelum Persekutuan Skuasy Dunia memulakan kempen mempromosi dan menimbulkan kesedaran di seluruh dunia dengan membuka laman sesawang squash2020.

Selain itu, skuasy turut menyediakan hashtag twitter @vote4squash serta fanpage facebook BackTheBid2020 untuk meraih undi sebelum ianya ditutup pada 31 Mei nanti.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.