Setelah beberapa kali melihat pelbagai imej bocor serta spekulasi yang timbul berkenaan dengan peranti terbaru daripada Samsung ini iaitu telefon pintar Galaxy S5 (GS5), akhirnya gajet itu diperkenalkan dalam majlis Kongres Mudah Alih Dunia (MWC) 2014 di Barcelona, Sepanyol malam tadi.
Peranti terbaru ini dijangka akan dipasarkan ke 150 pasaran dunia menjelang 11 April tahun ini.
Harga bagi GS5 walaubagaimanapun masih belum diumumkan.
Telefon pintar ini dikatakan mempunyai beberapa ciri rekaan baharu walaupun sesiapa yang pernah menggunakan peranti Samsung Galaxy pasti dapat mengenalpasti bahawa peranti terbaru ini kelihatan hampir sama dengan siri Galaxy S4.
Antara ciri baharu yang terdapat pada peranti ini termasuk pengimbas cap jari, pengimbas denyutan jantung, kemas kini TouchWiz UI serta sistem Android 4.4 KitKat.
Daftar Borang Baucar Kerja RM35 Sehari. Bakal Menerima Bantuan RM1,000++ Sebulan. Berminat?
Dr. M: Saya Akan Menemui Tuhan Tak Lama Lagi, Saya Terima Apa Saja Hukuman Allah
0 comments