Pelakon, pelawak Ahmad Busu meninggal dunia

SHAH ALAM – Pelakon dan pelawak veteran, Ahmad Busu, dilaporkan meninggal dunia petang tadi di Hospital Klang.

Allahyarham yang amat dikenali dengan watak Mat Deris dalam siri komedi Pi Mai Pi Mai Tang Tu memulakan kerjaya seni menerusi pementasan teater pada tahun 1978.

Ahmad Busu

Ahmad Busu

Selain Pi Mai Pi Mai Tang Tu, Allahyarham turut terkenal dalam penampilan sitkom 2+1 dan Camni Camtu.

Antara pencapaian Allahyarham apabila dicalonkan Artis Komedi Lelaki Popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 1999.

Berita kematian beliau mula tersebar di Twitter dan pelakon Sofia Jane antara yang mengucapkan takziah atas pemergian pelakon komedi ini.

Sebelum itu, Pas Selangor turut memaklumkan berita pemergian pelakon komedi veteran ini.

Incoming search terms:

  • kematian ahmad busu
  • pelakon msia meninggal dunia
  • pelawak malaysia

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.