Pelajar Mengandung Berhak Sambung Persekolahan

Pelajar-Mengandung-Berhak-Sambung-Persekolahan

KUCHING – Pelajar yang melahirkan anak tanpa nikah berhak untuk meneruskan persekolahan, kata Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah.

Beliau berkata hak pelajar berkenaan untuk berbuat demikian tidak boleh dinafikan oleh pengurusan sekolah tempat dia belajar.

Katanya, pelajar terbabit dilindungi di bawah Akta Kanak-Kanak 2001, yang menyebut mana-mana ibu tunggal di bawah umur (bawah 18 tahun) berhak untuk meneruskan persekolahannya setelah bersalin.

“Bagaimanapun, pelajar terbabit boleh dipindah ke sekolah lain atas persetujuan antara pengurusan sekolah dan pelajar terbabit,” katanya kepada Bernama selepas sidang media di pejabatnya semalam.

Menurut Fatimah, pihak pengurusan sekolah kini lebih terbuka untuk menerima semula pelajarnya yang melahirkan anak di luar nikah.

Menteri itu berkata, dalam hal Sarawak, sementara menunggu masa untuk bersalin, pelajar atau wanita yang di bawah umur dan mengandung tanpa nikah boleh memohon untuk ditempatkan di pusat perlindungan di Taman Sri Puteri di Telaga Air dekat sini.  – BERNAMA

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.