Pekerja Pelantar Minyak Di Vietnam Hantar Surat Dakwa Lihat Pesawat Terbakar, Terjunam

emel

PETALING JAYA – Seorang pekerja pelantar minyak New Zealand, Michael McKay mendakwa melihat sebuah pesawat terbakar dan terjunam.

Dia yang bekerja dengan syarikat pelantar minyak ‘Songa Mercur’ di sekitar Vung Tau percaya bahawa objek tersebut adalah pesawat MH370 yang hilang, menurut laporan dari laman web ‘Business Insider’.

Seorang wartawan Australia mendedahkan maklumat tersebut selepas mendapat surat yang dikirim Michael.

Michael yang melihat kejadian itu mendakwa telah menghantar emel kepada majikannya dengan menyatakan bahawa dia ‘melihat pesawat yang terbakar di kawasan yang tinggi kira-kira 50-70 KM’ dari lokasi dia berada.

“Masanya juga tepat. Kapal terbang yang terbakar itu masih sempurna bentuknya,” dakwanya.

Michael berkata dia cuba menghubungi pegawai-pegawai Malaysia dan Vietnam mengenai apa yang dilihatnya beberapa hari lalu tetapi tidak pasti sama ada mereka menerima maklumat yang dihantarnya.

Wartawan ABC News, Bob Woodruff mendapat salinan emel yang dihantar itu.

Surat yang didakwa dihantar oleh pekerja pelantar minyak New Zealand mengenai kehilangan pesawat MH370.

Pegawai Vietnam mengesahkan kepada wartawan ABC News bahawa mereka telah menerima surat tersebut, tetapi tiada serpihan yang dijumpai di lokasi yang dinyatakan Michael.

Pegawai-pegawai di Vietnam sedang menyiasat sama ada surat yang dihantar Michael mungkin merupakan satu penipuan, dipetik daripada ‘washingtontimes.com’.

Berdasarkan koordinat GPS yang diberikan Michael dan laluan asal penerbangan MH370, terdapat kemungkinan bahawa dakwaan Michael adalah betul.

Namun ia juga bercanggah dengan teori bahawa pesawat telah berpatah balik seperti yang dinyatakan pasukan tentera yang menjalankan siasatan. – The Star

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.