Pegawai perisik maut ditembak

DAMSYIK – SYRIA. Seorang pegawai kanan perisikan maut ditembak di wilayah timur Syria, semalam.

Stesen televisyen tempatan melaporkan, Mejar Jeneral Jamaa Jamaa ditembak mati oleh Kumpulan Tentera Pembebasan Syria (FSA) di Deir Ezzor.

Jamaa Jamaa

Jamaa Jamaa

Laporan Al Jazeera memetik, Jamaa adalah ketua perisikan tentera di wilayah berkenaan iaitu kawasan yang dikuasai rejim Presiden Bashar al-Assad.

Sehingga kini, media tidak diberitahu butiran terperinci lokasi sebenar, di mana dan bagaimana Jamaa terbunuh.

Sementara itu, Pengarah Badan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Rami Abdel Rahman berkata, laporan awal menyebut Jamaa ditembak mati oleh penembak hendap di Daerah Rashdiya, malam kelmarin.

Wilayah timur Syria kini sedang berhadapan pertempuran sengit antara tentera rejim dan kumpulan militan asing yang disokong FSA.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.