PDRM: Kertas siasatan Tun M hampir siap

tunmahathir

KUALA LUMPUR – Timbalan Ketua Polis Datuk Seri Noor Rashid menjelaskan kertas siasatan terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sudah hampir siap.

Noor Rashid memberitahu rakaman keterangan Dr Mahathir pada semalam, tiada kaitan dengan siasatan skandal kontroversi 1Malaysia Development Berhad, (1MDB).

Sebaliknya, melibatkan beberapa insiden termasuk perhimpunan Bersih 4 yang dihadiri Dr Mahathir.

“Kita ada buka kertas siasatan adalah sebagai usaha untuk melengkapkan dan mengkaji siasatan sebelum kita merujuk kepada Pejabat Pendakwa Raya. Kertas siasatan ini akan disiap secepat mungkin. Mungkin dalam seminggu atau dalam dua minggu.

“Itu (1MDB) tiada kaitan dengan dia (Dr Mahathir). 1MDB siasatan lain dan tiada kaitan dengan proses pengambilan percakapan daripada Dr Mahathir. Ia tiada  kaitan dengan 1MDB,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas lanjut berkenaan tiga pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman yang bertemu dengan bekas perdana menteri itu di Yayasan Al-Bukhary, Kuala Lumpur, semalam.

Katanya lagi, pertemuan itu sudah dirancang dalam tempoh seminggu sebelum.

“Beliau (Dr Mahathir) memberikan kerjasama yang baik kepada polis,” katanya.

Noor Rashid berkata, besar kemungkinan untuk pihaknya memanggil semula Dr Mahathir adalah tidak.

“Kerana, kita rasa kita telah buat persediaan rapi tentang soalan-soalan yang kita tanya. Tetapi, jika ada sekali pun, pihaknya akan berhubung dengan bekas perdana menteri itu,” katanya.

Dalam perkembangan lain, polis dan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah membuat pemeriksaan di dua pejabat sebuah portal Malaysia Kini dan akhbar berbahasa Inggeris, The Star, di Petaling Jaya, semalam.

Jelasnya, pemeriksaan ini ekoran satu aduan polis yang dibuat ke atas satu berita yang diviralkan di dalam media sosial yang dirasakan ada mempunyai unsur-unsur fitnah dan juga melanggar di bawah seksyen 233 Akta Multimedia.

“Apa yang kita lakukan semalam adalah untuk mendapat bahan bukti dan telah merampas sebuah komputer daripada pejabat Malaysia Kini untuk kita kaji.

“Tiada tangkapan dibuat lagi. Setakat ini saya mengesahkan siasatan sedang dijalankan dan kes di klasifikasi mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan,” katanya.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.