Pas yakin isu kalimah ALLAH tidak jejas undi

KUALA LUMPUR – Di sebalik kemelut isu kalimah ALLAH yang kembali meruncing mutakhir ini, Pas yakin ia tidak akan menjejaskan peluang parti itu pada PRK Dun Sungai Limau, 4 November depan.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang

Walau bagaimanapun, Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak menolak isu kalimah ALLAH akan dijadikan modal kempen Umno menjelang PRK kedua selepas PRU13 itu.

“Kalau PRU lalu mereka telah guna, kita menang, Insya-ALLAH di PRK Sungai Limau kita akan menang,” katanya pada Sinar Harian, di program Hi-Tea Ameerah Fan Club, di sini, hari ini.

Rabu lalu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan perikatan itu tetap dengan pendirian bahawa kalimah ALLAH boleh digunakan oleh orang bukan Islam.

Pendirian itu sekali gus bercanggah dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan untuk tidak membenarkan akhbar mingguan Herald menggunakan kalimah ALLAH dalam seksyen bahasa Melayu penerbitan itu.

Dalam pada itu, Abdul Hadi yang juga ahli Parlimen Marang mendakwa Umno menggunakan isu kalimah ALLAH ini untuk menunjuk kononnya mereka jaguh.

“”Kalau ikutkan Umno juga tak layak guna kalimah ALLAH bukan saja Kristian, Umno tak layak tapi orang tak faham seolah-seolah mereka sahaja yang jaguh,” katanya menjawab pertanyaan seorang peserta dalam program anjuran Dewan Muslimat Pas itu yang bertanyakan pengalaman pahitnya sepanjang menjadi pemimpin Pas.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.