Pas tolak Wan Azizah, Guan Eng ikut PKR

image (62)

GEORGETOWN – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyerahkan kepada PKR untuk menentukan sama ada kenyataan Pas Permatang Pauh menolak Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon PRK Parlimen Permatang Pauh, mewakili parti itu atau sebaliknya.

“Saya fikir PKR akan tentukan sama ada ini adalah pendirian rasmi Pas atau tidak. Biar PKR selesaikannya. Calon belum diumumkan lagi, jadi tunggulah, ” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya tentang laporan akhbar hari ini yang memetik Ketua Penerangan Pas kawasan Permatang Pauh, Jamsari Samad sebagai berkata, Pas Permatang Pauh menolak Presiden PKR itu atau mana-mana anggota keluarganya diletakkan sebagai calon pilihan raya kecil Permatang Pauh.

PRK itu diadakan berikutan keputusan Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon anggota parlimen kawasan itu Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui anggota keluarganya sekali gus menyebabkan Anwar hilang kelayakan sebagai wakil rakyat.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun bagi sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian bagi pilihan raya kecil Permatang Pauh pada 7 Mei, penamaan calon  25 April manakala pengundian awal 3 Mei. – Bernama

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.