PAS politiikan isu Muhyiddin nak tutup malu

JERAI 28 Okt. – Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, Pas mempolitikkan kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung penyakit kencing manis bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.
b8ee2c10a5ec126713ec3f7b3ed7519f
Sehubungan itu, kata Mukhriz, Timbalan Perdana Menteri tidak berniat langsung untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak.

“Saya berada di situ sewaktu beliau (Muhyiddin) berucap… Dia cuma sentuh mengenai Bajet 2014, kemudian membangkitkan isu pemansuhan subsidi gula dan antara lain mengenai masalah penyakit kencing manis.

“Penyakit kencing manis ini sangat berleluasa di negeri Kedah… Itu sahaja niat beliau (Muhyiddin). Tidak ada langsung nak mengatakan apa pun selain daripada itu,” kata Mukhriz kepada Bernama dan RTM ketika ditemu bual di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Mukhriz yang juga Pengerusi BN Kedah meminta orang ramai tidak melihat secara negatif kenyataan Muhyiddin itu.

Katanya, Pas tidak mempunyai niat lain dalam isu itu, selain bertujuan mempolitikkan isu, namun beliau yakin penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau memahami hal sedemikian.

“Saya ingat tidak perlu kita layan sangat perkara seperti itu (tindakan Pas mempolitikkan kenyataan itu), kerana ia langsung tiada kaitan dengan apa yang sedang kita lakukan di DUN Sungai Limau iaitu satu pilihan raya kecil di mana keputusan yang akan dibuat pengundi ini mestilah berasaskan perkara berkait dengan masa depan mereka (pengundi) sendiri,” katanya. – BERNAMA.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.