PAS kibar bendera Syiah?

YAN – Bendera hitam putih tertera kalimah Lailah Haillallah yang dibawa penyokong Pas pada hari penamaan calon semalam bukan bendera Syiah.

Bendera hitam yang didakwa bendera Syiah.

Bendera hitam yang didakwa bendera Syiah.

Pengarah PRK Pas bagi Dun Sungai Limau, Datuk Ir Amiruddin Hamzah berkata, beliau tidak berasakan itu adalah sebahagian daripada fahaman Syiah tetapi atas semangat memperjuangkan Islam dalam kalangan penyokong PR, khususnya Pas.

“Pada saya, itu adalah kalimah yang semua orang Islam tahu dan itu bukan menandakan bahawa ada penyokong Syiah dalam Pas,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Mengulas mengenai PRK Dun Sungai Limau pada 4 November nanti, Amiruddin berkata, beliau yakin Pas boleh kekalkan kemenangan.

“Kita tidak boleh terlebih yakin, tapi kita rasa boleh kekalkan kerusi Dun Sungai Limau. Sebab itu tema yang kita gunakan adalah ‘Kekal’.

“Kekal bukan sahaja untuk kerusi di Dun Sungai Limau pada Pas tapi kekalkan keharmonian yang berjaya diwujudkan oleh bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak semasa hayatnya sebagai wakil rakyat di sini,” katanya.

Beliau berkata, kebanyakan pengundi terutama pengundi Pas tidak akan melihat faktor calon tetapi kepada perjuangan yang dibawa parti.

“Saya berasakan calon yang kita tampilkan saling tidak tumpah seperti Allahyarham Azizan dari segi latar belakang pendidikan, perwatakannya dan mudah bersama masyarakat selain memang lahir dan dibesarkan di sini,” katanya.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.