Pas kesal Dr M kena serang ketika tunai umrah

image (45)

KUALA LUMPUR – Pas melahirkan rasa kecewa kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tetap dengan pendirian tidak akan melepaskan jawatannya.

berkata, Najib juga Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Mahfuz Omar dilihat tidak sensitif apabila menyerang negarawan, Tun Dr Mahathir Mohamed yang kini sedang mengerjakan umrah di Mekah.

“Tindakan Najib itu sangat dikesali kerana menyerang balas tidak kena pada masanya.

“Saya kecewa dengan tindakan Najib yang menyatakan tidak akan meletakkan jawatannya sekaligus membalas kritikan Dr Mahathir sewaktu beliau tiada di dalam negara,” katanya kepada pemberita di Pejabat Agung Pas, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Najib semalam yang menegaskan beliau tidak akan tunduk kepada mana-mana tekanan yang mahukan beliau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno.

Beliau berkata, selagi rakyat menyokong beliau untuk menerajui kepimpinan negara sebagai perdana menteri dan ahli Umno terus teguh menyokongnya, maka beliau tidak akan berganjak daripada jawatan yang disandangnya sekarang.

Sementara itu, ditanya mengenai hasrat Dr Mahathir yang mahu bercakap sendiri dengan Koperal Sirul Azhar Omar berhubung pembunuhan Altantunya Shaariibuu, beliau berkata, perbualan itu biarlah menjadi rahsia antara mereka bertiga.

“Mahathir kini sedang menunaikan umrah, biarlah beliau tenang untuk menjalankan ibadah di Mekah,” katanya lagi.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.